Kongsi: Cara-Cara Mengkhusyukkan Sembahyang

Cara-Cara Mengkhusyukkan Sembahyang
Mari kita kongsi bersama-sama, Insya-Allah
  1. Sembahyang berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. Memakan seekor semut mematikan hati 40 hari)
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya' boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)
  8. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
  9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

No comments:

Post a Comment